Thursday 7 June 2012


Ini lukisan perspek kedua .Lukisan ini  sebagai hadiah hari jadi yang keempat tahun Nik Anaqi, adik Nik Irfan. Sesuailah angry bird warna merah .Hyper active!

Happy Birthday! Be a good boy!




Ini  pula merupakan lukisan pertama saya. Angrybird warna hijau putih untuk Nik Irfan abang si Anaqi.

Ambil masa juga membuatnya. Maklumlah baru kali pertama hendak belajar, tapi okaylah untuk first trial.












Ini lukisan  yang ke seterusnya.  Lukisan hujung minggu, Nampaknya saya nak mulakan IKS di farm house saya di UL. Gambar ni belum siap sepenuhnya sebab belum letak jarum jam tapi  waktunya sudah siap , yang anak panah putih!





Gambar angry bird  sebelah kanan ni pula memang betul-betul angry. Menyorok dalam semak samun.



Asyik buat angry bird jemu juga. So beralih ke gambar bunga. Rasanya nak hadiahkan gambar ni kat cikgu yang mengajar saya melukis lukisan perspek ni! Sebagai Kenangan!






Gambar ni blur sikit.  Sepasang angry bird. gambar ni pun belum siap sepenuhnya sebab belum sempat letak jarum jam.

Thursday 31 May 2012

perpek corak batik

bunga dan rama-rama
                   
 lukisan untuk hari jadi

jam dalam lukisan perspek

bunga kemboja
Gambar sebelah kanan ini lukisan saya yang ketiga. Corak batik. Senang sikit. Ingatkan nak hadiahkan kat kawan tapi apabila tengok, rasa sayang pula! lain kalilah ye!




gambar rama-rama ni hadiah hari jadi nik Ufairah adik perempuan Nik Irfan dan Nik Anaqi.


gambar sebelah ni pula ialah jam pertama yang saya buat. Lepas ni tak adalah saya nak beli jam kat kedai lagi! orang lain pula beli daripada saya!




gambar-gambar yang lain ni, adalah antara koleksi daripada  guru-guru dan murid-murid PPKI.





Banyak dah terjual untuk cenderamata.




Wednesday 30 May 2012

Saya meminati lukisan ini sejak tahun 80an lagi.tetapi waktu itu saya hanya tahu membeli sahaja. Hingga ke saat ini lukisan perspek yang saya beli itu masih cantik menghiasi dinding rumah saya. 
 Tahun lepas, April 2011, saya ditukarkan ke SMKYTR atas keperluan perkhidmatan. Saya berharap, perpindahan ini membawa pencerahan dalam kerjaya saya. Ternyata saya bertemu dengan apa yang saya cari selama ini.

Di tempat baru ini, saya bertemu dengan guru-guru Pendidikan Khas yang mengajar murid-muridnya membuat lukisan perspek. Saya amat kagum melihat hasil murid-murid tersebut.Maka bermulalah satu perjalanan seni saya. Saya pun mula belajar melukis! lukisan pertama  ialah "angry bird ". Lukis yang senang-senang sahaja. Lukisan itu untuk harijadi cucu saya. Kiranya berjaya jugalah untuk percubaan kali pertama! SIAPA SANGKA pencarian saya selama ini akhirnya menjadi kenyataan.

Kalau ada majlis di SMKYTR, kami akan menghadiahkan lukisan perspek ini sebagai cenderamata kapada tetamu VIP. Inilah identiti  kami. ada juga yang membuat tempahan. Harga pun tidaklah mahal sangat. Bergantung kepada corak yang dipilih.