Wednesday 30 May 2012

Saya meminati lukisan ini sejak tahun 80an lagi.tetapi waktu itu saya hanya tahu membeli sahaja. Hingga ke saat ini lukisan perspek yang saya beli itu masih cantik menghiasi dinding rumah saya. 
 Tahun lepas, April 2011, saya ditukarkan ke SMKYTR atas keperluan perkhidmatan. Saya berharap, perpindahan ini membawa pencerahan dalam kerjaya saya. Ternyata saya bertemu dengan apa yang saya cari selama ini.

Di tempat baru ini, saya bertemu dengan guru-guru Pendidikan Khas yang mengajar murid-muridnya membuat lukisan perspek. Saya amat kagum melihat hasil murid-murid tersebut.Maka bermulalah satu perjalanan seni saya. Saya pun mula belajar melukis! lukisan pertama  ialah "angry bird ". Lukis yang senang-senang sahaja. Lukisan itu untuk harijadi cucu saya. Kiranya berjaya jugalah untuk percubaan kali pertama! SIAPA SANGKA pencarian saya selama ini akhirnya menjadi kenyataan.

Kalau ada majlis di SMKYTR, kami akan menghadiahkan lukisan perspek ini sebagai cenderamata kapada tetamu VIP. Inilah identiti  kami. ada juga yang membuat tempahan. Harga pun tidaklah mahal sangat. Bergantung kepada corak yang dipilih.



No comments:

Post a Comment